sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, March 20, 2008

Tasbih Teras Kemuning

Alhamdulillah, pertama sekali saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana kurang menulis tentang khasiat dan mistik di sebalik produk yang dijual. Walau bagaimanapun atas permintaan sahabat-sahabat saya akan menulis serba sedikit berkaitan dengan khasiat kemuning hitam.

Bagi masyarakat Melayu Kelantan yang mengumpul teras-teras kayu untuk perubatan secara lahiriah dan juga mistik, teras kemuning hitam adalah antara yang menjadi sebutan, di samping teras-teras lain seperti gemunggal,keluat,betik,pisang,kekabu,mempelas,beko,delima dan banyak lagi. Berbalik kepada khasiat teras Kemuning hitam, saya pernah membaca satu artikel dalam majalah yang telah memasukkan kajiian saitifik tentang khasiat kemuning hitam. Yang paling ketara sekali ialah untuk kesihatan dalam perut. Enzimnya yang berwarna kuning merupakan bahan yang boleh merawat luka dan masalah dalam usus.

Mengikut kepercayaan bomoh dan pawang ( tiada kajian saintifik setakat ini) ia boleh merawat bisa gigitan ular (awas, dapatkan rawatan hospital secepat mungkin) dengan melekatkan teras kemuning di tempat patukan, ia akan menyedut kembali bisa. Teras kemuning juga dikatakan dapat merawat penyakit gatal-gatal. Saya teringat kisah seorang kawan yang mengasahkan ulu goloknya bagi merawat penyakit gatal anak perempuannya yang telah menjadi kudis, Alhamdulillah dengan izin Allah, gatal dan kudis tersebut telah sembuh. Kayu kemuning hitam juga boleh digunakan untuk merawat luka, sebab itu ia banyak dijadikan ulu keris dan senjata-senjata pertarungan pada masa dahulu.

Teringat juga saya satu kisah bagaimana warna kemuning hitam menjadi pucat kerana terlalu banyak direndam. Ini berlaku kepada Pak Ku Hassan semasa menunaikan fardu haji beberapa tahun lepas. Ini terjadi kerana terlalu ramai jemaah haji Malaysia yang mengalami batuk-batuk dan sakit tekak kerana cuaca panas dan berdebu. Jadi khidmat tasbih kemuning hitam yang di bawa bersamanya telah digunakan sepenuhnya, iaitu dengan merendamkan dalam air suam dan diberi minum kepada jamah yang sakit. Teras kemuning hitam yang dijadikan tasbih juga adalah amat tinggi nilai seni dan cantik dipandang mata. Semakin lama dan kerap kali ia digunakan semakin berkilat dan bersinar-sinar warnanya. Jika ia menjadi teman akrab kita, bolehlah kita gunakan sebagai penanda aras berdasarkan warna hitammnya yang semakin berkilat atau semakin kusam.

Kesukaran untuk memperolehi, khasiat, cantik, sukar dicanai kerana kekerasannya telah menjadikan kemuning hitam satu produk istimewa dan harganya lebih mahal dari kayu-kayu biasa. ( Jika ada makumat tambahan kemuning hitam yang saya tidak tahu bolehlah sahabat-sahabat tolong tambahkan untuk dikongsi bersama)

4 comments:

langkasuka said...

Salam
Terima kasih cekgu kena telah menerangkan serba sedikit mengenai teras kemuning tersebut. Alhamdulillah.
peace

yanaruto said...

salam
mekacih cikgu coz cerita pasal kemuning hitam nie. saya ade pakai rantai yang loketnya diperbuat dari kayu tu, saya beli masa daki gunung stong kat kelantan. slama nie saya x tau pon kayu nie bnyk khasiat, saya juz pakai je sebab cantik. erm...camne sy nk manfaatkan rantai nie ek?
maksud saya, cara nak gunakan khasiat die?
Bleh x cikgu terangkan lagi...
tengkiu... =)

bob said...

Assalammualaikum
Saya seorang peminat dan juga pengumpul batu cincin dan teras kayu,pengalaman pertama dengan teras kayu kemuning hitam ialah mengubat seorang wanita yang terkena histeria,alhamdulilah dgn izin Allah SWT dia sedar selepas beberapa minit dan meminta segelas air kerana katanya panas sangat.Utk pengetahuan kayu kemuning hitam itu sya peroli di Kg Dabong Kelantan ( Gua Ikan )Byk lagi khasiatnya tapi terlalu panjang untuk ditulis di sini sila hubungi sya di no 012-9387424 Rosta, Taman Negara Pahang
Sekian wassalam

Permata Kemuning said...

Pengalaman saya pula.Tasbih kemuning yg saya guna dan dihadiahkan kpd tunang saya.Pd suatu mlm tasbih tersebut di sangkut pd tombol bucu katil.Mlm tu dia rasakan katil tersebut bergegar.Sekian (Tiada kekuatan melainkan )kekuatan Allah