sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, March 03, 2008

Projek Tekpi....

Alhamdulillah, walaupun menghadapi pelbagai rintangan saya terus cuba untuk menjayakan projek tekpi untuk memenuhi hasrat beberapa orang sahabat terutamanya Shahril Nizam dari Sabah dan juga seorang lagi sahabat di Lembah Kelang.

Sebenarnya saya telah letih mengunjungi tukang-tukang di Kelantan untuk meminta pertolongan bagi membuat tekpi. Malangnya tidak ada seorang pun yang sunggup membuatnya.
Akhirnya saya mendapat khabar gembira apabila sorang sahabat dari UPSI iaitu En. Mat Nor dapat membantu untuk menempah tekpi daripada pandai besi negeri Perak.

Setelah betungkus lumus mengejar tukang-tukang akhirnya En.Mat Nor mula nekad untuk membuatnya sendiri. Setakat artikel ini ditulis perkhabaran yang saya terima amat positif. Jika tidak ada aral melintang beliau akan bertandang ke Kelantan paa hari khamis sebelum mengundi untuk menyerahkan tekpi tersebut kepada saya. Berdebar rasanya untuk melihat kualiti tekpi yang diusahakan oleh En.Mat Nor. Toce, toce ,toce

No comments: