sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, March 13, 2008

Pisau Belida Design Irwandy

Nampak gayanya design pisau belida Sarawak Irwandy merupakan design yang menarik minat ramai pelanggan saya. Bentuknya yang menarik telah mendorong saya untuk menambah 6 bilah lagi tempahan baru. Menurut rakan saya yang menguruskan tempahan saya pisau ini menarik kerana ia serba guna.

Mengikut Irwandy pisaunya jika siap ia ingin gunakan untuk di bawa ke hutan sebagai teman semasa memburu. Ia juga dibuat tebal iaitu 5mm bagi membolehkan kerja-kerja memotong ranting dan dahan-dahan kecil. Di samping itu juga ia mirip kepada pisau ramboo. Yang paling menarik hati ialah designnya adalah original dan penuh ciri-ciri tradisional.

Tambah menarik lagi Irwandy ingin membuat hulu dan sarungnya dari kayu berlian Sarawak. Menurut kepercayaan masyarakat beliau kayu berlian ditakuti oleh harimau. Sehubungan itu ia sesuai dijadikan teman semasa meredah belantara. Tahniah Irwandy.

No comments: