sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, February 05, 2008

Ujian....

Soalan yang digubal oleh guru biasanya mengikut sukatan dan mengikut kadar kemampuan pelajar untuk lulus. Solan-solan pula adalah mengikut tahap pelajar. Mustahil pelajar tadika diberi soalan peringkat STPM. Persoalannya mengapa kita melarikan diri apabila diuji. Kesimpulannya mahu tak mahu kita perlu menghadapi ujian untuk naik ke kelas yang lebih tinggi dan baik sesuai dengan umur.

#Shahir tolong komen.

1 comment:

syahir said...

Minta maaf cikgu kerana lambat reply, cuti seminggu ler katakan...
baiklah cikgu, seperti yang cikgu katakan, mustahil pelajar tadika diberi soalan tahap STPM adalah benar. Ini kerana Allah itu Maha Pemurah, Adil dan Penyayang.
Pemurahnya Allah kerana memberikan hidayahnya kepada seluruh manusia, cuma kita sahaja sedar ataupun tidak. Ini termasuklah kepada mereka2 yang belum Islam. Barangkali mereka menafikannya petunjuk yg diberi. Ini ada dinyatakan kelak dalam Al-Quran sesungguhnya mata, telinga dan hati masing2 akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat. Jelas sejelasnya ayat ini ditujukan kepada seluruh mahluk yang memikul amanah yakni manusia.
Adilnya Allah kerana memberikan peluang yang samarata dan setimpal dengan kemampuan diri, mustahil Allah menzalimi hambanya kerana ini berlawanan dalam sifat 20 yakni Maha Adil, melainkan hanya manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri. Tingkatkan lagi kepekaan 3 deria utama yang diberi ( pendengaran, penglihatan dan hati ) untuk meneliti ( tadabbur ) rahsia / petunjuk Allah Ta'ala. Penyayangnya Allah Ta'ala kerana sebelum ditanya esok diakhirat sudah diberikan jawapan kepada hambanya yang mencari'jalan'. Jalan ini ada di dalam Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu bukan sekadar dilagu lagukan, tetapi sebagai petunjuk, ingatlah sewaktu Allah menurunkan Al-Quran ayatnya 'Al-Quran itu diturunkan beberapa hari pada bulan ramadhan, petunjuk kepada manusia, bukti kepada petunjuk itu dan pembeda antara hak dan bathil' ayat 2:185. surah al baqarah ayat 185(kalau silap tegurlah saya)
Perhatikan dan telitilah ayat ini, perkataan ramadhan adalah merujuk kepada situasi Makkah pada masa itu, ramad= panas + dhan =bulan, maka yang kita fahami adalah beberapa hari dalam bulan2 panas, ingatlah satu hari disyurga bersamaan 1000 tahun di bumi ( betulkan kalau saya silap) maka beberapa bulan itu menandakan betapa lamanya beribu tahun Makkah berada dalam kepanasan = panas kerana masalah2 sosial dan jenayah, (harap semua tahu yg Makkah masa Arab Jahiliah minum arak, berzina, bunuh anak perempuan undang2 ciptaan manusia) tetapi perlu diingatkan juga bahawa ada segelintir manusia yg masih berpegang kepada syariat nabi ibrahim yakni orang2 hanafiah / mereka yang lurus. malah Makkah berbilang agama, ada nasrani, yahudi, Latta dan Uzza.
Maka pada waktu2 getir begini (yg sudah beribu tahun kesesatan dari syariat Nabi Ibrahim AS, diturunkan Permulaan Al-Quran, sebagai petunjuk kepada manusia yang mana petunjuk ini ada di dalam Al-Kitab, melihat bukti apa yg dikatakan oleh Jibrail (wahyu dari Allah) supaya Muhammad (dan kpd umat) dapat membeda dengan hati betul atau salah perkabaran / petunjuk itu. tujuannya hanya satu, Allah mengajar manusia supaya jangan bersangka2 atau tidak ditipu. jikalau dalam Al-Quran kata Gunung, maka ada buktinya di depan mata / penglihatan di bumi... tu dia gunung, maka hati boleh membeza betul atau salah. Ingatlah 3 deria akan dipertanggungjawapkan esok diakhirat iaitu telinga, mata dan hati.

Kesimpulannya, setiap manusia sebenarnya melalui sunnah Nabi Muhammad seperti peristiwa Israk dan Mikraj, harap kita sama2 meneliti balik setiap cerita atau peristiwa tersebut. bezanya bagi kita umat Muhammad ini ada dua perjalanan, satu yg melalui israk dan mikraj melalui perumpamaan kepada kehidupan di dunia, dan apabila lulus ujian ini maka akan dibuka Israk dan Mikraj yang kedua yang 'real' seperti Nabi Muhammad yg kebanyakannya di capai oleh para wali. Sunnah Nabi Muhammad SAW adalah mengadap Allah Ta'ala semasa HIDUP!


sekian dan terima kasih.