sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, February 19, 2008

Jangan beli cerita.....

Saya sering menasihati sahabat-sahabat saya yang baru berjinak-jinak dan ingin membeli keris agar tidak terburu-buru. Ini kerana di samping menjual keris ramai juga yang turut menjual cerita keris. Kehebatan dan cerita besar di sebalik keris yang dijual biasanya akan menaikkan nilai sesuatu keris. Kadang-kadang keris dijual dengan harga sebuah cerita mistik.

Nasihat saya belilah keris atas nilai seni dan juga kualiti mata keris termasuk sarungnya. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah kemampuan kewangan kita, kemudian barulah faktor-faktor lain menyusul. Kualiti mata keris amat penting. Seboleh-bolehnya carilah mata keris yang masih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun jika ia keris antik kerosakan mata tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu kita perlu memilih keris yang kerosakan matanya kurang daripada 50 %. Antara keris yang mnjadi buruan peminat dan kolekter keris masa kini ialah keris pandai saras. Ini kerana kehebatan bangunan keris pandai saras tidak dapat ditiru oleh tukang-tukang keris masa kini.

Kualiti sarung juga perlu diambil kira, sarung yang baik ialah sarung kemuning yang betul-betul tua dan berplot. Ini kerana harga untuk sarung keris kayu kemuning yang betul-betul tua pada masa kini mencecah ratusan ringgit dan sukar ditemui.

No comments: