sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Sebarang pembayaran boleh dibuat melalui :

Akaun Maybank No: 153104037789

Alamat : Mohd Nasir B Hassan
Lot 1184 Kg Dusun Durian,
Tawang 16020 Bachok Kelantan

H/P : 0135292452

email : cikgunasir8130@gmail.com

Perkhidmatan yang ditawarkan :

- Jual beli pelbagai senjata warisan

- Menerima tempahan pelbagai jenis senjata warisan, termasuk ulu,sarung dan pendokok

- Menjual batu permata, cincin dan barang antik

- Khidmat nasihat .


- Menjual minyak cendana untuk keris

Wednesday, January 09, 2008

Kapak Kecil, Kapak Bungkus, Binjai Manis, Kapak Terbang


Kapak Kecil Kelantan

Kapak Binjai Manis
Mata kapak yang dibungkus
Posting kali ini agak menarik dan unik. Ini kerana lagenda kapak bungkus dan kapak terbang Kelantan banyak menghantui masyarakat luar Kelantan. Keadaan ini terjadi kerana dalam tahun 70 an seorang ahli politik terkenal di Negara ini telah kembali kerahmatullah akibat penangan kapas kecil yang melekat di kepalanya.
Kapak kecil menjadi kegemaran ramai suatu masa dulu di Kelantan. Ini kerana ia senang di bawa dan pelbagai guna, sama ada untuk senjata dan boleh digunakan untuk kerja-kerja harian yang agak ringan.
Kapak kecil biasanya digunakan sebagai senjata untuk mengajar seseorang yang kurang beradap yang masuk kampung. Kadar kebiadapannya diukur dengan inci mata kapak yang tidak dibungkus. Mata kapak dibungkus untuk mengelakkan kecederaan parah, sebaliknya takikan kapak bungkus adalah untuk "mengajar" atau memberi kecederaan ringan , biasanya di kepala atau dahi.
Kapak terbang pula ialah kapak yang diikat tali pada hulunya dan puncanya diikat pada pergelangan siku. Kapak akan dibaling dan disentak semula ke dalam gengaman tangan. Ia memerlukan kemahiran yang amat tinggi.
Kapak binjai manis mempunyai mata yang lebih lebar di bahagian bawah berbanding kapak kecil Kelantan. Bentuknya akan menyebabkan kecederaan parah dan sukar dicabut apabila memasuki kepala mangsa. nama binjai manis diambil sempena nama kampung di Selatan Thai yang merupakan pengeluar asal kapak jenis ini.
Sebenarnya cerita kapak ini banyak memaparkan latar belakang sosio budaya masyarakat Kelantan dan Patani yang ingin mendidik mereka yang kurang adab di dalam kampung pada suatu masa dahulu. Wallahualam.

No comments: