sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, December 07, 2007

Kain Cindai Antik


Saya mempunyai koleksi kain cindai sepanjang 20 kaki. Semalam saya dimaklumkan oleh kawan saya bahawa pada minggu lepas di suatu majlis di Selangor sehelai kain cindai 10 kaki dijual dengan harga RM4000.00.

Kain cindai berasal dari negeri Patola, India. Teknik pembuatannya menggunakan kaedah " double ikatan" menjadikannya begitu bermutu tinggi dan tidak dapat ditandingi kehalusannya sehingga hari ini.

Ia biasanya dijadikan hadiah kepada raja-raja dan pembesar negara pada zaman dahulu. Dalam sejarah Kesultanan Melayu kain cindai sudah lama terkenal. Walau bagaimanapun di tanah Melayu hanya kain Limas mampu dihasilkan.

Jika ada yang berminat membelinya dan harga yang ditawarkan berpatutan saya bersedia menjualnya. Namun jika tidak ada yang berminat membelinya secara pukal, saya akan potong kain cindai tersebut kepada bahagian-bahagian kecil untuk dijual dengan harga yang mampu milik.

2 comments:

Fairus Bin Haji Mamat said...

Kain Cindai memang tinggi nilainya sekarang. Nilai kini yang saya ketahui dari seorang pakar tekstil tradisional, dianggarkan berharga RM 100,000.00 sehelai...

personal aku said...

salam cikgu,saya orang baru.saya nak tahu apa gunaya kain cindai?. saya tengok ramai yang jual sehingga di pasar malam pun ada. harap cikgu beri sedikit keterangan.
sekian,
terima kasih.