sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, December 13, 2007

Sahabat bertambah kerana keris......

Alhamdulillah, kenalan saya semakin bertambah. Pelbagai ilmu baru tentang keris saya perolehi walaupun baru sahaja serius dalam bidang ini. Bagi saya di samping satu aktiviti perniagaan sampingan peribadi, ia memberi ruang kepada saya untuk menambah kenalan yang mempunyai minat yang sama.

Semenjak serius dalam bidang perkerisan ini, banyak khazanah berharga yang selama ini terperuk sahaja di atas almari lama saya ketemui dan kini berada di tangan sahabat-sahabat yang tahu menilainya.

Sebaik-baiknya peminat keris tahu sedikit sebanyak adab dan cara menggunakan keris. Antaranya ialah cara nak mencabut mata keris dari sarungnya, cara memegang keris milik orang lain, cara menghulur keris kepada sahabat dan lain-lain lagi.

Walaupun kita bukanlah seorang pendekar terbilang, sedikit ilmu tentang keris sudah cukup untuk menjadikan minat kita sebagai satu hobi yang mempunyai disiplin dan peraturannya yang tersendiri.

Sehubungan itu saya mengalu-alukan pandangan dan saranan yan berbentuk ilmu perkerisan yang sebenar agar dapat dimanafaatkan bersama. Walau bagamanapun yang rahsia biarkanlah ia kekal rahsia. Tiada kompromi tentang isu tersebut.

4 comments:

syahir said...

Assalammualaikum cikguuuuu...
Shahdan tersebutlah cerita akan perinya adat dan adap berhubungan manusia dengan sang keris.
Adapun apabila sebilah keris itu ingin disambut dari tangan ke tangan hendaklah ia diserahkan seperti seorang bayi dengan posisi ujung batang / kaki menghala ke badan si penerima, ini berarti hulu merupakan bagian yg terakhir sekali berpisahnya daripada sipemberi. Adapun peraturan dan adat bergini adalah untuk melindungi sepemberi itu juga, kerana air muka penerima 'bercerita'. Sayugia sempatlah menarik mata sekiranya penerima mempunyai maksud yg tersembunyi.
Tiada ku temui lagi guru yang boleh menjelaskan akan mengapa perlu memusingkan keris menghadap tuannya. ini kerana keris tidak boleh dibawa masuk ke Istana jika bukan selayaknya kita. cuma pengiring sultan, bendahara , temenggong, laksmana, shah bandar dan orang kaya berlapan shj yang dibenarkan membawa senjata ketemu sultan.
baiklah.. tentang perhiasannya pula, tidak dibenarkan sekalian rakyat jelata mengenakan perhiasan emas padanya jika bukan dari darah raja, tetapi perak dibolehkan. Hulunya keris haruslah tunduk manakala ganja haruslah seinci nampak dari sampirnya. ini menunjukkan hulubalang melayu selangkah kehadapan. tunduknya hulu melambangkan tunduknya tuan kepada kebesaran Ilahi, berpeluknya si jawa demam sebagai perlambangan segala gerak adalah datang dariNya, kita hambaNya senantiasa berserah diri dan bertawakal kepadaNya. Keris yang sempurna tinggi maharnya dek kerana sukar menempanya, manakala keringat dan masa biarlah setimpal dengan upah yang diberi. jangan dibiar siempu terdetik sekalipun di dalam hati akan bakhilnya mereka yang berhajat.
Maka keris bertaut dengan adat dan adap pakaian, silap memakai ke badan alamat rosaklah warangkanya, satu lilitan anak bengkung dikenakan samada dalam atau luar sama sahaja. keris tidak diselit di ibu bengkung kerana akan mengunci diri sendiri. Ia terikat di anak bengkung tetapi masih membebaskan tuannya bergerak ke sana ke mari. jika betul ikatannya maka keluarnya keris sepantas kilat. bagi orang pahang, anak bengkung ini duduk didalam. kami memakai ibu dahulu yang lebarnya 3jengkal tetapi akan dijadikan 2jengkal sahaja di pinggang dengan 5 atau 7 lilitan ( panjang kain 5hasta )selepas itu akan mengenakan anak bengkung. keris akan disisipkan dan di ikat kemas 3kali sebelum sampin dikenakan. hasilnya keris boleh dipusingkan 180 darjah tanpa mematahkan warangka yakni sarungnya.
Jangan mengeluarkan keris tanpa kebenaran si pemiliknya, ini biadap dan kurang didikan. Jangan mata mengadap sahabat atau diri sendiri perbuatan ini tidak beradap. bila keris ditangan, jaga jarak 2 jengkal daripada badan...ada rahsianya. mata keris ada tiga, jangan halakan ke tubuh badan...tangan yang memegang keris haruslah diasuh agar menghormati keris dengan tujuan agar tidak membawa celaka kepada tuannya. silap asuhan memakan diri, keris ditangan dirampas orang.. haha kan pelik tuh? okeeey.. sambung lain kali ya cikguuuu, bye. wsalam.

Anonymous said...

Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih daun keladi.Kalau boleh ceritalah lagi

Anonymous said...

Assalamualaikum wr wb,

Adalah kiranya apa yang disebut oleh saudara Syahir itu benar kiranya. Maka, yang memberi keris seandainya didahulukan hulunya kiranya, keris itu diberi penuh dengan kepercayaan adanya. Maka, seandainya, keris diberi didahulukan dengan pantatnya (sungguh, pantat itu adalah bahasa lama yang orang Melayu talah disalah tafsir zaman sekarang), maka, ianya diberi penuh beradab, tetapi berwaspada adanya. Begitulah adab Melayu kiranya. Begitulah juga perkara seperti pemakaian keris adanya. Bila didepan rapat, lainlah pula posisi ia terikat di pinggan, bila berjauhan, lainlah pula posisinya terikat dipinggan. Ianya kembali kepada perihal, "supaya mata tak makan tuan". Bila tiada "pantang penghulu menyinsing lengan" dan segala kesabaran telah hilang, maka keris keluar "dengan sendirinya", segerak ringkas, dua jengkal dari badan, dipermainkan adanya.

Allah Hafiz
sepokal toh putih

syahir said...

di khabarkan keris berhulukan pekaka dapat mengunci dan mencederakan tangan yang cuba hendak merampas keris di tangan. Hujung paruh anak ayam pula untuk menekan saraf dan membutakan mata manakala tapak kuda untuk untuk mereka berhati kasihan kerana sekadar menghentak dan tidak mencederakan lawan dengan kejam. Diceritakan juga keris sepukal membunuh dengan tangkas dan ringkas manakala yang berlok membunuh dengan ringkas dan kejam. sekiranya yang berlok sudah tertanam di perut dan diputarkan, segala isi perut akan terlilit pada mata sedangkan yang sepukal tidak begitu malah baik adanya bagi mangsa kerana tuannya keris orang yang baik2 belaka.
Adapun tersebutlah kisah keris bukanlah senjata gurauan, ini dikatakan pembesar(tak ingat namanya) di Majapahit bergurau dengan Laksamana hang Tuah bermain curi mencuri keris dan ditegur oleh Datok Laksamana. Apapun anak melayu tiada berguraukan akan keris kerana sekali keris terhunus tiada mati luka adanya.
Adapun keris keluar dari sarungnya sepantas kilat, jika cuai menjaga jarak dan mata lawan berkedip..maka buruklah padahnya. Laksamana tiada menikam 2 kali, pantang membunuh lawan yang tiada bersenjata, tidak membelakangkan lawan, tidak bergolek di tanah, tidak membelakangkan Raja, pantang menghunuskan keris ke langit atau ke bumi, mainannya segerak, ringkas dan tepat perbuatan di hujung.