sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, October 31, 2007

Seni Kerambit

Kerambit merupakan senjata pendek Warisan Melayu. Ia biasanya digunakan oleh pembunuh upahan dan biasanya merobek mangsa dalam senyap. Ini kerana senjata ini sukar kelihatan dalam keadaan kelam kabut.

Kerambit juga sesuai digunakan oleh wanita kerana senang disembunyikan dalam sanggul rambut mereka. Hari ini saya memaparkan 3 koleksi kerambit pelbagai saiz jenis milik saya.

Saiz yang pertama agak besar iaitu 6 inci. Matanya nipis dan tajam. Sarungnya dihiasi dengan tembaga putih. Saya sengaja tidak mengilatkannya supaya kelihatan keantikannya.

Jenis yang kedua ialah kuku harimau, saisnya lebih kecil iaitu sekitar 4 inci sahaja. Hulunya daripada kayu kemuning kuning. Sarungnya daripada kayu sena. Saiznya yang kecil amat sukar untuk dilihat oleh musuh. Hanya matanyanya sahaja yang keluar dalam pertempuran.

Jenis yang ketiga ialah lawi ayam mengikut saiz sebenar. Ketiga-tiga lawi jenis lawi ayam ini tdak mempunyai lubang untuk dimasukkan jari. Bagi yang kurang arif mereka berasa janggal. Sebenarnya adalah lebih selamat jika kita tidak memasukkan jari ke dalam lubang kerana risiko jari terkehel apabila lawi ayam tersangkut pada benda keras tidak akan berla u kepada kita. Tapi awas jangan bawa senjata ini untuk bersiar-siar atau untuk makan angin kerana ia adalah senjata berjadual.

Keris Cerita/Pandai syarah RM1500.00


-Keris Cerita 21 inci, kategori antik, mata pamor


Kuku rimau 4.5 inci ( RM 220.00)

-Sarung kemuning

Lawi ayam Antik RM350.00

-Lawi Ayam saiz 9 inci
-Tatah tembaga putih
-Kategori antik



Lawi Ayam RM270.00


-Mata Besi Pamor
-Sarung Kemuning Kuning
-Harga RM250.00
-Stok 1 sahaja

Tuesday, October 30, 2007

Bomoh...

Masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan dengan amalan perbomohan. Adanya memanggil psikik tradisional Melayu dengan berbagai nama, anataranya pawang, bomoh,dukun,bidan dan lain-lain lagi.

Tujuan perbomohan adalah untuk menyembuhkan penyakit. Begitu juga dengan perubatan moden . Walaupun tujuan kedua-dua kaedah sama tapi keaedah yaqng digunakan adalah berbeza.

Ilm kedoktoran pada umumnya hanya melihat pada struktur/anatomi fizikal tubuh manusia.Manakala bagi perubatan tradisional aspek keseimbangan dan keharmonian menjadi keutamaan dalam proses pengubatan.

Amat jarang sekali orang Melau yang tidak percayakan bomoh, walau sehebat manapun ilmu sains dan teknikal yang dipelajarinya mereka tetap mempercayainya kebolehan ilmu perbomohan. Ini kerana akar budaya Melayu bermula dengan peranan bomoh dalam masyarakat.

Rezeki

Dalam Islam kita diajar bahawa ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya telah ditetapkan oleh Allah Khaliqul alam. Umat Islam juga diajar sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki setiap kali selepas solat 5 waktu. Indahnya Islam kerana setiap gerak langkah penganutnya telah diberi garis panduan untuk memudahkan pengamalan dan kefahaman.

Dalam kontek rezeki kita percaya bahawa rezeki itu berjalan di atas tangan-tangan manusia sebelum sampai kepada pemiliknya. Sehubungan itu janganlah ada antara manusia yang menyekat rezeki orang lain. Tuhan menjanjikan setiap lahirnya anak adam telah ditetapkan rezeki dan ajal mautnya. Malangnya ada manusia yang bersifat tamak mengumpulkan rezeki orang lain bukan untuk di makan . Sebaliknya pengumpulan adalah untuk kemegahan dan menunjuk-nunjuk.

Dalam kontek ini apabila kita percaya kepada janji Allah bahawa setiap anak aAdam itu ada resekinya tersendiri, maka janganlah kita menutup pintu rumah kita rapat-rapat seolah -olah tiada penghuni. Ini kerana jika ada orang yang ingin memberikan sedekah,hadiah, makanan kepada kita, niatnya akan terhalang kerana menyangkakan kita tiada di rumah. Selipar/kasut juga mesti ada di tangga untuk menunjukkan rumah kita berpenghuni.

Waallahualam.

Monday, October 29, 2007

Zamrud ( emerald)

Negara Asal : Columbia, Brazil,Afrika, Australia, Russia
Kekerasan : 7.5 hingga 8.0
Astrology : Mei

Pada masa kini harga zamrud di pasaran amat tinggi. Untuk membeli zamrud yang agak elegant bagi lelaki amat sukar. Ini kerana saiz yang sesuai bagi lelaki adalah permata bersaiz besar, menonjol dan memiliki air yang cantik. Zamrud yang memiliki Kriteria ini biasanya mencecah harga ribuan ringgit. Pada masa kini zamrud paling berkualiti berasal dari columbia.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini bekalan zamrud bersaiz besar sekitar 15 karat ke atas mencecah sampai RM200/ct ke atas. Oleh sebab itu harganya sampai ribuan ringgit. Walau bagaimanapun jika anda melaburkan duit membeli zamrud berkualiti ia sebenarnya merupakan pelaburan yang tidak merugikan. Ini kerana harga zamrud sentiasa meningkat di pasaran. Tapi jika anda tersalah membeli zamrud pada harga yang tidak sepatutnya anda terpaksa menunggu lama untuk pulang modal.

Green Tourmaline

Batu permata tourmaline boleh didapati daripada Sri Lanka, Brazil, Afrika, Madagaskar, Afghanistan dan US. Kekerasanya pada skala Moha 7.0 hingga 7.7. Terdapat beberapa warna tourmaline antaranya yamg popular ialah merah dan hijau ( blue green). Hari ini green tourmaline yang saya beli sebelum ramadhan telah disiapkan ikatan peraknya oleh Rosdi Kedai Emas di Panji.

Harga tourmaline yang betul-betul berkualiti mencecah harga hingga RM60.00/ct. Cincin tourmaline yang baru siap ini saya beli batu permatanya murah sahaja. Beratnya sekitar 10ct, ikat perak, saiz 18. Walau bagaimanapun warna tourmaline ini tidak hijau pekat. Jika ada yang berminat saya sudi menjualkannya dengan harga yang paling murah iaitu RM170.00 sahaja.

Saya mula menjual sebahagian cincin saya kerana bekas tempat menyimpan cincin saya sudah penuh. Oleh sebab itu cincin yang saya dapat dengan harga bisnes boleh dijual dengan harga yang agak murah berbanding dengan harga pasaran.

Jika rakan-rakan ada masa, cuba semak harga green tourmaline dan bandingkan dengan harga yang saya tawarkan di lawan web berikut:
http://www.mineralminers.com/html/tgrjlry.stm

Sunday, October 28, 2007

Cincin Zamrud

Sebelum membeli cincin zamrud RM300.00 yang saya pakai sekarang, saya memakai cincin Zamrud Rm1800.00 . Cincin ni saya beli 2 tahun lepas. Apabila saya ambil yang baru ni, saya tolak/trade in yang lama dengan harga RM1800.00 juga. Semalam saya singgah di kedai permata dan saya lihat cincin lama saya yang bertukar tangan minggu lepas harganya sudah naik RM2500.00. Wow... sayangnya.

Pisau Melapah

Pisau melapah yang baru saya dapatkan pada hari sabtu lalu adalah sebanyak 2 bilah. Matanya dibuat daripada sabit kelapa sawit. Kayu sarungnya ialah spesis macang hutan. Hari ahad keesokannya semua pisau tersebut sudah bertukar tangan. Sayangnya pisau melapah ni. Kepada Pulau 100 dan Dee jangan jual pisau melapah ni kepada orang lain kerana harga istimewa itu susah nak dapat lain kali.

Keris Gelanggang . RM300.00 (termasuk belanja pos)

Semalam saya mengambil tempahan keris gelanggang saya daripada pandai besi. Selepas ditolak booking rakan-rakan dan dijual kepada rombongan kawan-kawan dari Negeri Perak, hanya tinggal satu sahaja dalam stok. Alhamdulillah rezeki murah dalam sehari dua ni. Terima kasih atas sokongan semua.

Tak sempat nak masuk blog

Dalam sehari dua ini saya mendapat beberapa senjata/keris antik yang cantik dan harganya pun berpatutan. Sayangnya saya tak sempat memasukkan gambarnya dalam internet kerana telah pun dibeli oleh pelanggan.

Keris Melela yang saya janji nak iklankan dalam blog saya harganya RM1800.00 telah bertukar tangan.

Untuk makluman peminat-peminat keris, pada masa kini untuk mendapatkan keris yang baik amat sukar kerana harganya amat tinggi. Saya ada sebilah keris cerita yang saya hadiahkan kepada Pak Ngah Izahar batu kurau 4 tahun lepas. Harganya pada masa itu saya beli Rm350.00. Baru-baru ini saya mengambil semula keris itu dari Pak Ngah untuk dibaiki kerana sarungnya rosak.

Agak-agak saudara berapakah harga keris itu di pasaran masa kini. Harganya telah meningkat melepasi RM1000.00 .

Friday, October 26, 2007

Pisau Melapah Tempahan Pulau 100





Panjang 17 inci
Besi Mata Sabit Kelapa Sawit


Jenis-jenis keris yang terdapat dalam pasaran

Terdapat banyak kategori keris yang terdapat dalam pasaran iaitu;

1. Keris lama
2. Keris baru
3. Keris baru tetapi dibuat dari besi keris lama (besi lama)
4. Keris baru tetapi dibuat menyerupai keris lama

Sebaik-baiknya penjual /peniaga keris menerangkan dengan jelas kepada bakal pembeli jenis keris yang hendak dijual. Ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penipuan urusan jual beli keris.

Thursday, October 25, 2007

Bisnes kristal.

Sejak kebelakangan ini saya banyak mendapat tempahan permata daripada rakan-rakan guru di sekolah. Ramai juga yang memarahi saya kerana berniaga permata acuh tak acuh. Ini kerana ramai yang telah terpedaya kerana membeli permata yang tidak berkualiti serta tertipu oleh penjual permata yang sering berkunjung ke sekolah. Sekarang ni saya menjadi tempat rujukan rakan-rakan apabila nak membeli permata. ( pakar rujukan tak diiktiraf gemstones societies)

Harga yang ditawarkan oleh penjual ini adalah sangat tinggi berbanding harga sebenar kristal di pasaran. Sebagai contoh permata kynite ( hampir menyerupai blue sapphire) dijual dengan harga sapphire. Jika kynite harganya cuma RM40.00 tetapi dijual dengan harga blue sapphire harganya melambung sehingga RM500.00.

Kynite juga tidak berapa sesuai untuk dijadikan hiasan bagi mereka yang lasak. Ini kerana kekerasannya mengikut skala Moha ialah sekitar 4.5 hingga 5 sahaja. Kerana itu ia mudah calar dan retak.

Antara kristal yang mendapat permintaan tinggi ialah citrine, aquamarine, garnet dan amethyst serta zamrud. Bagi guru-guru wanita mereka lebih menggemari citrine 6.0k hinga 10.0k serta zamrud sekitar 1.5k hingga 3.0k.

Manakala bagi lelaki saiz permata yang sesuai ialah sekitar 13k ke atas. Jika saudara ingin membeli permata yang harganya ribuan ringgit janganlah tergesa-gesa. Ambil sedikit masa untuk menilai keaslian permata itu. Jangan mudah terpedaya dengan penjual permata. Buat tinjauan dibeberapa kedai . Ambil masa lagi lebih kurang dua tiga hari, Walaupun hati saudara sudah berkenan sangat-sangat dan wang sudah pun ada dalam poket. Jangan beli lagi. Ambil sedikit masa lagi sekurang-kurangnya 2,3 hari untuk membuat keputusan.Tanya mereka yang lebih arif. Pastikan anda tidak akan menyesal dengan permata yang anda beli.

Koleksi Cincin Zamrud Terkini (RM3000.00) 20 k




Pandangan Belakang Buku Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu

Melangkahlah.....

Perjalanan seorang insan dalam menuntut ilmu merupakan rentetan yang panjang. Pelbagai karenah dan gelagat terpaksa ditempuhi. Kekadang kita melihat ramai saudara kita terperangkap dengan keseronokan-keseronokan yang mereka cipta sendiri .

Antara keseronokan yang dimaksudkan ialah banyak bercakap tentang ilmu mengenal diri. Tanpa sedar mereka sedang mengumpulkan fitnah untuk diri sendiri. Sahabat-sahabar kita ini berasakan apa yang orang lain dan masyarakat buat semuanya tidak betul. Mereka siang malam mengkritik dan menghentam .

Satu pertanyaan ikhlas dari saya untuk renungan bersama, bolehkan anda mengenal dengan kaedah bercakap. Melangkahlah.....

Ulasan Buku Rahsia Keris

Bermula dengan kata pengantar dalam buku ini sudah menunjukkan bahawa pengarang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang perkerisan. Pengarang dengan tegas dan yakin bahawa kita bangsa Melayu tidak perlu merujuk kepada mana-mana artikel yang ditulis oleh penjajah untk menilai khazanah bangsa kita.

Dengan pengalaman dan ilmu yang ditimba dari nenek moyang kita, sudah mencukupi untuk bangsa Melayu menilai diri sendiri. Siapa mereka untuk menilai hasil seni warisan negara kita. Syabas.

Sukarnya mendapat sarung berkualiti

Pada masa kini masih lagi terdapat tukang-tukang sarung yang berkemahiran tinggi. Malangnya mereka hanya menjadikan kerja membuat sarung senjata sebagai kerja sampingan. Inilah yang menjadikan kerja-kerja penempahan keris tidak dapat dijangka tarikhnya dengan tepat.

Di samping faktor tukang , faktor bekalan kayu berkualiti juga mempengaruhi pembuatan sarung. Kayu berkualiti tinggi seperti kemuning emas amat sukar didapati. Jika ada pun usianya masih muda dan tidak mencapai standard yang diharapkan.

Hargailah keris anda.

Wednesday, October 24, 2007

BUKU RAHSIA KERIS DAN SENJATA WARISAN MELAYU

Hadiah kepada negara Malaysia tercinta
























Buku paling lengkap pernah di hasilkan di negara Malaysia tentang keris dan senjata Melayu. Saya telah membelinya dari Cikgu Nordin (editor) . Jadikan ia milik saudara kerana hampir segala-galanya tentang keris terdapat dalam buku ini.

Harganya RM250.00 ( RM250.00+ pos RM20.00) adalah terlalu murah jika dibandingkan dengan kualiti dan khazanah bangsa Melayu yang tersimpan di dalamnya.

Saya sebagai rakyat Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah atas kesungguhan Team Tn.Hj Zakaria dan Cikgu Nordin menyiapkan buku ini sempena 50 tahun kemerdekaan negara.

Saya juga diizinkan oleh Cikgu Nordin untuk mengedar dan menjual buku ini. Jika ada yang berminat bolehlah membelinya secara online daripada saya. Untuk makluman buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku setakat ini. Ia dijual secara langsung oleh penulis, editor dan ahli Persatuan Purba Kelantan.

Setakat ini buku ini tiada tandingan dari segi harga dan kualiti. buku keris dari Indonesia berharga Rm350.00. Dapatkan segera sebelum ia habis dijual.

Monday, October 22, 2007

Kerja Seni

Dalam bidang seni bakat semulajadi merupakan satu aset penting. Begitu juga dengan kemahiran pertukangan besi, ia merupakan anugerah Allah kepada seseorang.

Tukang besi (empu) biasanya tidak melakukan kerjanya ikut time pejabat. Hasil kerja mereka kadangkala ikut mood. Jika mood tidak ada mereka tidak bertukang pada hari itu. Dalam situasi kerja moden mereka dikatakan tidak berdisiplin.

Oleh kerana kerja pertukangan keris juga satu hasil seni maka kita penempah keris kadangkala sukar untuk menetapkan tarikh sebenar sesuatu keris atau senjata akan siap.

Keris untuk bertarung


Sesetengah keris pendekar aringnya tidak dimatikan ataupun dipetri dengan badan keris. Aring ini buat agar ia dapat di pusing dan menjadi penyangga tangan daripada serangan senjata lain seperti golok dan pedang.
Inilah kebijaksanaan empu dan pendekar Melayu dalam mencipta senjata mereka.

Keris Istiadat/Keris kuasa

Keris istiadat atau keris kuasa biasanya ditempah khas untuk menjadi keris rasmi sesebuah institusi seperti Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan kerajaan, Pertubuhan (cth-Keris Pemuda UMNO) .

Keris ini biasanya dibuat agar kelihatan cantik dan nampak gah. Biasanya saiznya lebih besar dan panjang daripada keris biasa. Sarungnya selalu ditatah perak suasa ataupun emas. Keris ini selalu juga dihiasi dengan permata .

Ia biasanya tidak sesuai untuk dijadikan keris bertarung bagi seorang pendekar. Keris ini biasanya di arak di dalam sesuatu majlis sebagai satu perlambangan penyerahan kuasa dalam sesuatu majlis.

Keris kuasa biasanya di arak di atas bantal. Seorang pengiring memegang bantal dan Wakil Pemegang Kuasa akan mengambil keris dgn kedua belah tangan sebelum diserahkan kepada seseorang untuk memulakan majlis.

Buku Rahsia Keris

Terdapat satu buku baru berkenaan keris yang terdapat dalam pasaran . Tajuknya kalau tak silap saya ialah Rahsia Keris. Buku ini diusahakan oleh Cik gu Din ( Diny Antik) dan rakan-rakannya. Cik gu Din merupakan seorang peniaga keris yang berpengalaman, ia juga memimpin Persatuan Purba Kelantan. Sayangnya saya belum melihat isi kandungan buku ini kerana di seal dengan plastik. Harganya boleh tahan iaitu RM250.00 .

Mengikut anak Cikgu Din kandungan buku ini adalah lengkap berdasarkan gabungan buku-buku yan dterbitkan sebelum ini dan juga hasil daripada pengalaman team Cikgu Din.

Jika ada duit lebih saya syorkan saudara membeli buku ini. Saya pun belum memilikinya lagi. Insyaallah saya akan cuba membelinya secepat mungkin.

Sunday, October 21, 2007

KOLEKSI TERBARU (Golok Kecil)

Panjang 16 inci. Lebar Mata 1 inci. Mata Pamor. Kategori Antik. Sarung Kayu Biasa diukir.
Harga RM450.00(termasuk belanja pos). Stok 1 sahaja.







Friday, October 19, 2007

Empu terkini...

Petang tadi selepas solat Jumaat saya tidak terus balik dari masjid, sebaliknya menunggu kawan saya Rozi untuk bertanyakan tukang sarung pisau melapah. Rozi bertanyakan adakah saya mempunyai kayu sendiri. Dia berjanji akan akan datang ke rumah petang nanti untuk mengambinya. Lepas makan tengahari saya mendapat panggilan dari emak saya di Kg Perupok kerana ada urusan. Saya bergegas balik dengan si Ain keran isteri sibuk menanda kertas peperiksaan pelajar.

Sebaik sampai di rumah Mak, Pak mertua telefon, Rozi dah datang ke rumah. Saya suruh dia balik dulu. Usai urusan keluarga saya tinggalkan si Ain bersama emak-emak saudaranya yang masih lagi bercuti raya. Saya balik ke rumah dan singgah mengambil Rozi yang dah pun sampai ke rumahnya.

Rupa-rupanya rakan saya ni sedang belajar membuat sarung pisau. Hasil kerja tangannya walaupun baru, tapi boleh tahan juga .

Sebenarnya saya diamanahkan oleh Bapa saudara saya untuk menyiapkan sarung pisau melapahnya yang amat disayangi. Sembang punya sembang akhirnya dia telah menceritakan tentang seorang empu yang selalu dikunjunginya . Empu ini tinggal berdekatan sahaja dengan rumah saya lebih kurang 2 kilometer. Saya rasa sungguh seronok. Ini kerana empu-empu tua di kampug saya, seorang telah meninggal dunia tahun lepas dan seorang lagi telah tutup bangsal kerana uzur.

Semasa bertugas di negeri Perak boleh dikatakan jika kelapangan saya sentiasa berada di rumah empu Hj.Yunus di Kg Paloh , Layang-layang kiri. Belajar menempa besi sikit-sikit, tapi tak sempat pandai, belajar buat sampir tetapi hasilnya menyakitkan mata. Jadi, untuk senang lebih baik upah sahaja mereka yang berbakat.

Saya masih lagi menyimpan beberapa bilah senjata hasil kerja tangan Hj Yunus. Sebilah pedang panjang, sebilah pisau melapah, 2 bilah kerambit dan 1 bilah pisau yang dihasilkan secara tergesa-gesa bila diketahui saya akan bertukar ke Kelantan. (disiapkan dalam masa 1 hari untuk dihadiahkan kepada saya) Katanya jika ingatkan dia lihatlah pisau yang dihadiahkan kepada saya.

Saya sempat juga melihat hasil kerja tangan empu baru ni. Dari segi campuran dan penyembuhan besi kerja tangannya agak bagus. Cuma dari segi design masih terdapat sedikit kelemahan. Ini semua tidak menjadi masalah kerana proses belajar di lapangan sedang berlaku dan Insyaallah satu hari nanti ia bakal menjadi empu yang tersohor.

Martabat Nafsu Ammarah

1. AMARAH
Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

Firman Allah:
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya"
"Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar)"
"Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"

Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat.

Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas.

Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya: "Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan. Firman Allah: "Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."

Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan). Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.

Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya.

Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti: "Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".

Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri.
Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.

Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "
Pada tahap amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah zikrillah.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya"

(di petik dari Gagak Mas Homepage)

Thursday, October 18, 2007

Ujian...

Sebagai seorang insan kita sentiasa akan diuji oleh Allah s.w.t dalam pelbagai cara. Ujian yang diturunkan kepada manusia adalah untuk meningkatkan lagi darjat manusia. Ini kerana setiap ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap dan kebolehan manusia. Dengan kata lain ujian itu akan dapat dilepasi jika manusia sanggup berdepan atau menduduki ujian yang diberikan kerana ia bersesuaian dengan tahap kita.

Contohnya , pelajar tingkatan 3 hanya akan diberi soalan PMR sahaja, mereka boleh lulus jika menduduki peperiksaan dan belajar mengikut arahan guru-guru mereka walaupun dalam tahap yang minima. Fikir-fikirkan.

Nasihat Iblis Kepada Nabi Nuh

Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran menga takan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan permohonannya.

Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. Allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.

Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.
“Siapa anda?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Aku Iblis,” jawabnya.

Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.

“Mengapa engkau mahu ikut kami?” tanya Nabi Nuh lagi.
“Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku,” jawab Iblis terus terang.

Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.
“Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!” kata Nabi Nuh kepada Iblis.
Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. Sebelum Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggoda Adam sampai berhasil.

Dia hanya berkata, “Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya.” Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tapi dengar saja dua yang lainnya.

“Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku,” jawab Nuh.

Iblis berkata, “Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga.

Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh, “Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini.”
“Terima kasih dari apa?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku,” kata Iblis.

“Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah mengantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya.”

Dipetik Dari Buku. 1001 Memori Himpunan Kisah Jin, Iblis & Syaitan ( Suluk Homepage)

Berniaga senjata...

Sebenarnya saya berniaga senjata secara tidak sengaja. Ramai murid saya yang membeli senjata dari kedai dengan harga yang tidak berpatutan. Biasanya harga yang ditawarkan adalah separuh daripada harga sebenar, dari segi kualiti pula ia amat tidak memuaskan. Akhirnya saya terpaksa tolong anak-anak buah saya membuat tempahan. Biasanya saya tidak charge apa-apa pun untuk tempahan anak -anak buah saya.

Bermula dari situlah saya mula mendapat tempahan dari rakan-rakan. Ini kerana harga yang saya tawarkan jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Untuk makluman semua keris cenderahati untuk dif - dif kehormat semasa pertandingan Silat Peringkat Kebangsaan Sekolah-sekolah Malaysia 2007 di tempah daripada saya. Begitu juga dengan keris Istiadat Majlis Seni Silat JPN Kelantan.

Berniaga kecil-kecilan..

Sebenarnya saya memang minat berniaga, ini kerana sebelum jadi guru saya pernah berniaga. Macam-macam benda pernah saya berniaga. Tapi jodoh saya dalam perniagaan tidak kekal. Akhirnya saya menceburkan diri dalam bidang pendidikan kerana ia lebih bersih.

Walau bagaimanapun minat berniaga masih membara walupun dalam skop yang berbeza. Kalau dulu berniaga untuk mendapatkan sesuap nasi, tapi kini berniaga lebih kepada kepuasan dalam berkawan dan memenuhi selera terhadap minat sendiri. Kerana itulah saya lebih menumpukan kepada keris, permata selain daripada kelengkapan-kelengkapan silat yang lain.

Dengan berniaga saya dapat meneruskan persahabatan dengan kawan-kawan lama yang satu aliran . Jika tidak ada urusan perniagaan sebenarnya kami tidak ada isu/alasan untuk terus berhubungan.

Tempahan keris

Dalam kemeriahan menyambut syawal dan kesibukan melayan tetamu, saya mendapat 10 lagi tempahan keris gelanggang dan 2 bilah pisau melapah. Nampaknya tahun ini tukang besi terpaksa bekerja keras menyiapkan tempahan saya sahaja.

Wednesday, October 17, 2007

Ke mana haluanmu..

Tujuan akhir atau penghujung matlamat pencarian dan perjalanan seorang insan ialah mengenal hakikat diri dan hakikat tuhannya. Dalam perjalanan penuh liku dan ranjau ini banyak ujian dan dugaaan menanti. Di samping itu juga pelbagai kelebihan dan kehebatan menunnggu di sepanjang perjalanan. Pada prinsipnya kita hanya menyentuh dan mencium sebentar sebelum meninggalkanya semula di jalanan. Itu semua adalah teori semata-mata.

Amat jarang seseorang dapat melepasi ujian wang ringgit. Segala-galanya akan luput apabila wang mula menguasai jiwa. Sahabat, kawan, saudara semuanya sudah luput. Waspadalah dengan dunia yang akan menjadikan kita lebih hina daripada pengemis apabila sudah jatuh suatu hari nanti.

Kembalilah ke landasan yang benar untuk selamat dunia dan akhirat.

Monday, October 15, 2007

Mengajarlah...

Saya menyeru kepada semua warga silat khususnya murid-murid saya yang berkebolehan agar menjadi jurulatih. Adalah menjadi tanggungjawab anda semua untuk membantu generasi baru mengenal rupa bangsanya.

Bukan kehebatan dan kelebihan yang kita cari dengan mengajar silat, tapi tanggungjawab mendidik jiwa generasi muda dengan disiplin, akhlak dan agama berada di bahu anda. Soal ganjaran letakkan no 2.

Dengan mengajar silat ilmu anda akan berkembang dan ingatan anda semakin tajam. Kemahiran juga semakin tinggi. Mengajarlah,mengajarlah,mengajarlah.

Sambutan Aidul Fitri Meriah

Raya tahun ini bagi saya sama sahaja dengan raya tahun-tahun lepas. Bila dah tua duit raya pun dah tak dapat. Minta maaf pada kawan-kawan jika ada sms ucap selamat hari raya yang terlepas pandang. Ini kerana lepas baca, saya terpaksa delete sms kalau tidak handfhone saya jamm. SMS tak berhenti-henti masuk. Jadi ada yang sempat balas dan ada yang tak sempat. Kadang-kadang tu main hentam sahaja kerana ada sms yang tak ada nama pengirim, nombor pula tidak dikenali, jadi jawab sahajalah.


Malam raya pun ada tempahan keris. Saudara Hamzah yang sedang belajar kat Universiti Azahar Mesir menempah 2 bilah keris gelanggang untuk di bawa ke Mesir. Jika tempahan 10 bilah lepas raya tak sempat siap saya terpaksa memberikan keris gelanggang saya dulu. Satu dah ada.

Thursday, October 11, 2007

Tempahan sundang




Petang tadi Encik Aidil dari Selangor menempah sebilah sundang dari saya. Saya juga akan tumpang sebilah dengan tempahan Encik Aidil. Kalau tempah dua sekali gus harga boleh kurang sikit. Terima kasih kepada Encik Aidil kerana masih lagi setia membeli senjata dengan saya. Untuk sundang ini InsyaAllah saya akan usahakan harga yang paling rendah daripada Pandai besi. Kerana itulah saya tumpang sekaki, untuk meminimunkan harga upah.

Soal bayaran nanti dulu. Bila sundang dah siap baru bayar. Pendahuluan dengan tukang besi saya bayar dulu. Tak apa, kerana banyak lagi tempahan saya ada dekat Pandai Besi. Lepas Raya InsyaAllah 10 bilah keris akan siap.

Pada 19 hingga 23 November saya akan berada di Kuala Lumpur kerana berkursus. InsyaAllah kalau ada keris yang baru siap sebilah dua akan saya bawa turun ke KL.

Wednesday, October 10, 2007

Belajarlah ilmu keris

Memilki keris yang cantik dan berharga mahal sahaja tidak mencukupi. Bagi orang muda carilah dan rebutlah untuk belajar melangkah dengan keris terhunus di tangan. Rasailah akar budaya bangsa Melayu yang terkenal kepahlawananya. Bagi yang sudah berumur mungkin masa untuk bergelanggang sudah tiada, semarakkanlah minat kepada anak-anak kita. Jikalau kita tidak memainkan peranan ini. Siapa lagi?


Selamat Menyambut Hari Raya . Maaf Zahir Dan Batin

Kokka

Bagaimanakah sebenarnya pokok kokka. Sampai hari ini pun tidak ada seorang pun yang boleh menunjukkan pokok asal kokka. Orang-orang daripada Turki mengatakan kokka berasal dari Sri Lanka dan India, manakala peniaga dari Pakistan mengatakan kokka berasal dari Turki, Syria dan Jordan.

Jika dilihat dari buah kokka ia seolah-olah dari spesies "palma" seperti kelapa, pinang, kelapa sawit dan lain-lain jenis palma. Mengapa tidak ada seorang pun dari peniaga yang mengatakan bahawa kokka mereka asli dan diambil dari pokok kokka tidak boleh mengambil gambar pokok yang terlalu unggul ini.

Memang tidak tidak dinafikan bahawa komposisi kimia yang ada dalam kokka mempunyai kebaikan. Tetapi bukti bahawa tongkat Nabu Sulaiman dan perahu Nabi Nuh dibuat daripada kayu kokka pada saya adalah dakwaan dan sangkaan semata-mata.

Melihatkan kuantiti buah kokka yang semakin berlambak di pasaran sudah pasti pokoknya masih lagi wujud. Kenapa tidak ada inisistif untuk merungkaikan kekeliruan pengguna dan peminat kokka selama ini. Pada saya ini adalah helah peniaga untuk mengaut keutungan terhadap umat islam yang terlalu percayakan perkara-perkara hebat dan pelik.

Tuesday, October 09, 2007

Mulakan langkah pertama anda untuk sebilah pedang/senjata

Dalam posting saya yang lepas saya telah menyarankan agara setiap rumah memiliki sebelih pedang/senjata yang sesuai untuk pelan kecemasan. Bukan saya nak suruh beli dgn saya, tapi kalau nak beli dengan saya pun lagi elok (iklan).

Belilah sebilah senjata sama ada pedang atau pun senjata lain yang difikirkan sesuai digunakan untuk di simpan di rumah. Senjata itu pula janganlah disimpan sebagai perhiasan di dinding. Sebaliknya simpanlah di tempat yang agak sulit dan terlindung tetapi senang dicapai oleh kita.

Mulakan langkah anda dengan meninjau kedai-kedai untuk membuat perbandingan harga, kemudian fikirkan saiz dan mulalah menyimpan duit. Sediakan payung sebelum hujan.

Keris Jantan dan Betina



Ada sesetengah pendapat orang tua mengatakan keris yang boleh kita buat sahabat atau keris jantan ( boleh dipakai) ialah keris yang apabila kita "emergency" kita teringat padanya.
Cara untuk mengenal pasti keris jenis ini ialah senjata itu kita bawa tidur bersama dengan kita. Letakkan di hujung kepala kita semasa kita tidur. Sebaik terjaga dari tidur jika ingatan pertama kita ialah keris itu maka ia boleh menjadi sahabat kita atau pun dikatakna keris jantan. Begitulah sebaliknya. Wallahualam. ( jangan percaya %)

Kebanggaan Melayu


"Semasa aman ia cantik dipandang, halus seninya tak jemu mata memandang, sekali pandang hati tertawan"
" Bertemu lawan ia bagaikan Pak Belang, menghiris menikam tak pernah kecundang, keris tempawan pakaian pahlawan"

Bunga Pahat Jawa


Pahatan bunga jawa dalam ukiran perak dengan harga yang berpatutan merupakan keistimewaan tukang-tukang perak di Kelantan. Kehalusan serta nilai seni yang tinggi menyebabkan tukang perak Kelantan tidak menang tangan. Bersyukurlah kita kerana ada pendapat mengatakan semakin tinggi ketamadunan sesuatu bangsa maka semakin tinggi nilai kesenian bangsanya.

Kehalusan Seni pertukangan tangan Melayu


Kehalusan seni pembuatan keris membuatkan pencinta keris dan khazanah Melayu mengigau dan tak lena tidur malam. Perhatikan pamor yang terbentuk pada mata keris ini. Pamor yang indah ini berbeza daripad satu keris dengan keris yang lain. Tidak ada pamor yang sama pada 2 bilah keris. Sehubingan itu untuk membeli sebilah keris belilah yang betul-betul puashati jika kita hanya ingin memiliki satu keris. Tapi malangnya pagi peminat keris apabila sudah beli satu , mereka tidak akan berhenti di situ, sebaliknya mereka akan mula mencari yang lain pula.

Rasa sayang nak jual...


Melihatkan 2 bilah keris ini hati saya sangat berat untuk menjualkannya, ini kerana harga yang di tawarkan terlalu murah kerana harga perak sudah naik 30 %. Pamor pada mata keris juga cantik dan memiliki nilai seni tersendiri.
Tapi kerana telah pun mati harga terpaksa jual juga. Janji tetap janji.
Insyaallah lepas raya 10 bilah lagi akan siap.
Keris kepada JPN Negeri 9 harganya sekitar RM1800.00

Keris... panas-panas


Maaf gambar -gambar keris yang terbaru kurang menarik kerana tergesa-gesa. Maklumlah baru sahaja siap diambil dari tukang perak, si pemilik keris dah tak sabar-sabar nak membawanya pulang. Jadi untuk tontonan saudara dan koleksi gambar terpaksalah saya dalam kesibukan mengambil gambar-gambar. Tukang perak pun nak tempah 2 bilah serupa dgn keris Cikgu nuruddin dan JPN N 9

Keris JPN-N9 & Cikgu Nuruddin



Semasa berada di sekolah pagi tadi saya mendapat panggilan telefon yang mengatakan keris yang ditatah perka sudaha siap. Balik dari sekolah saya terus ke Pasir Mas, Ini kerana kawan saya Cik gu Arjunaidi sudah mengambilnya dari tukang perak.
Lihatlah kerja tangan tukang perak Kelantan. Halus dan berseni. Malangnya harga perak telah naik seiring dengan kenaikan harga emas, jadi saya terpaksa membayar lebih daripada dahulu untuk mendapatkan sebilah keris yang dikira boleh masuk majlis. Harga perak termasuk upah sudah melebihi RM600.00 .





Sunday, October 07, 2007

Kayu krismas


Hari ini rezeki saya dan kawan-kawan semua memang baik. Saya ke kedai permata hari ini kerana membayar harga permata yang saya tolong belikan untuk Cikgu Zul (Seni) . Saya hanya ambik duit minyak sahaja . Selepas itu saya ke kedai membuat tasbih bertemu dengan En Shukri bertanyakan tasbih kemuning hitam. Satu pun tidak ada. Tapi dia berjanji untuk menyiapkan key chain kemuning hitam lepas raya sekadar mampu.

Yang paling menggembirakan saya ialah apabila saya melihat di tepi kedainya terdapat banyak longgokkan kayu krismas yang bermutu tinggi. Rupa-rupanya pokok krismas dalam Istana Kota Bharu dekat Pasar Buluh Kubu yang di tebang dan semuanya ada pada En.Shukri. Dari Perdu hinggalah ke pucuknya. Pokok krismas itu di tanam pada zaman Sutan Yahya Lagi.

Saya pun apa lagi minta dan pujuk En Shukri agar menjualkan sedikit untuk saya. Alhamdulillah dia pun bersetuju menjualkannya. Padahal telah berbelas-belas tukang sarung keris ingin membeli tapi tak dijualnya.

Saya bercadang ingin menggunakan kayu krismas ini 5 bilah pisau melapah daging yang saya tempah dengan Cikgu Aswawi Muzik petang tadi. Dapatlah saya kongsikan bersama rakan-rakan khazanah dari Istana ini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan , kayu krismas menjadi buruan peminat dan tukang membuat sarung keris dan golok kerana kualitinya yang tinngi dan cantik.

Saturday, October 06, 2007

Jujurlah dalam belajar....

Saya masih lagi belajar dan belajar ilmu silat. Bermula dari tahun 1981 hingga ke hari ini saya masih lagi meneruskan pencarian dan penggalian dalam ilmu persilatan dan ketuhanan. Seperti kata Ibnu Arabi apabila sampai pada satu tahap kita hanya akan menemui kosong dan sunyi sepi sahaja. Kita sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan hanya menemui kebodohan dan kedaifan diri kita iaitu hina, daif, fakir dan lemah semata-mata.

Silat adalah satu jalan ke arah pembentukan fizikal dan spritual yang lebih mantap. Oleh kerana itu apabila kita belajar silat dan kesan pembelajarannya menjadi negatif, mungkin ada sesuatu yang tidak kena atau tidak betul sedang berlaku. Belajarlah secara jujur kerana Allah kerana hanya dengan jujur dan ikhlas sahaja silat boleh memberi kesan positif dalam hidup kita.

Dalam pencarian saya, ilmu persilatan dan ilmu ketuhanan mesti saling sokong menyokong antara satu sama lain. Walau bagaimanapun saya tidak mengatakan bahawa semua orang yang belajar tasauf mesti belajar silat. Tapi bagi mereka yang mengamalkan silat adalah tidak lengkap jika tidak belajar tasauf. Wallahualam

Ibarat memiliki kad ATM

Bagi mereka yang memiliki ilmu beladiri sama ada silat atau beladiri lain mereka ibarat menyimpan wang di dalam bank. Semakin banyak mereka mereka belajar semakin banyak yang mereka simpan. Mereka ibarat orang yang kaya ataupun jutawan. Keadaan ini berbeza sekali dengan orang yang tidak belajar apa-apa. Pada saat kecemasan ataupun pada saat memerlukan duit (apabila terdesak) sijutawan atau pun orang kaya tadi dengan bergayanya hanya cucuk pada dinding sahaja wang sudah keluar. Manakala orang miskin atau pun orang yang tidak menyimpan tadi usahkan nak dapatkan wang kad cucuk pun tak ada.

Walau bagaimanapun bagi orang kaya tadi adalah sangat pelik dan ganjil jika dia selalu menunjuk-nunjukkan kad ATMnya pada semua orang tak kira masa dan tempat. Mungkin dia perlu berjumpa ahli psikiatri untuk mendapatkan sedikit rawatan.

Beladiri Wanita...

Pada masa kini kaum wanita amat memerlukan perlindungan daripada perlakuan-perlakuan ganas penjenayah sama ada cabul, rogol dan ragut. Silat dilihat sebagai salah satu cabang seni yang boleh membantu kaum wanita untuk mempertahankan diri mereka. Adalah wajib hukumnya mempertahankan maruah diri dan harus pula hukumnya belajar mempertahankan diri. Tetapi adalah menjadi fardu kifayah untuk mengajarkan seni mempertahankan diri bagi orang yang berilmu.

Sehubungan itu tidak kira dalam organisasi mana anda berada, anda seharusnya memainkan peranan untuk menyedarkan golongan wanita sama ada dengan cara kempen, kelas atau seminar agar mereka tidak menyesal kemudian hari.

Bagi wanita yang berkerjaya mereka tidak perlu belajar seperti anak-anak di bangku sekolah, cukuplah dengan menghadiri seminar-seminar ringkas sekadar sekali dua dalam setahun. Yang pentingnya mereka sedar akan kepentingan bela diri terutama silat dan menggalakkan anak-anak mereka memepelajarinya semasa masih muda.

Cari kawan dan sahabat dgn silat

Saya selalu berpesan kepada murid-murid saya supaya belajar apa-apa silat sahaja selain daripada belajar dengan saya. Saya juga turut berpesan supaya mereka jangan menguji guru yang mengajar, sebaliknya belajarlah dengan jujur untuk menambah ilmu. Ini kerana setiap silat ada kelebihan dan kekurangannya.

"Semasa belajar Bahasa Melayu, jangan kamu keluarkan buku matematik, kalau kamu buat begitu memang kamau cari nahas" itulah antara ungkapan yang sering saya gunakan untuk mengingatkan pelatih-pelatih saya.

Ini kerana guru yang mengajar silat biasanya ada pakaian mereka yang tersendiri yang jarang diajar di gelanggang. apabila kita menguji mereka, ilmu yang tersembunyi itu akan digunakan dan kita pesilat hingusan akan menerima padahnya.

Apabila kita mempelajari pelabagai jenis silat maka kita akan sedar di mana lebih dan di mana kurangnya kita. Ambillah kesempatan untuk menambah kawan dan sahabat bukannya mencari musuh dari gelanggang lain.

Lagak Pendekar

Bagaimanakah sepatutnya seorang pendekar membawa dirinya dalam masyarakat moden hari ini. Sebagai seorang yang terlibat secara serius dalam silat selama 27 tahun saya ingin berkongsi pendapat dengan saudara semua. Saya berasa malu apabila melihat anak-anak muda yang baru setahun jagung bersilat berjalan dengan lagak ayam jantan. Gayanya hampir sama dengan ahli wrestling WWF di atas gelanggang. Bagi saya semakin lama kita belajar silat sepatutnya kita semakin takut dan semakin tunduk kita kepada kebesaran Allah. Apa yang ada pada kita hanya sekelumit ilmu pemberian Allah yang menjadi Amanah maha berat untuk dipikul, bukan unutk dibangga-banggakan.

Pada pertandingan silat sekolah-sekolah peringkat Kebangsaan di Kota Bharu baru-baru ini saya berasa teruja dengan satu peristiwa cabar mencabar antara jurulatih silat. Panas baran jurulatih ini mungkin bersebab. Tapi ia telah meninggalkan imej buruk pada pemerhati dan juga ibu bapa yang tidak bersilat.

Pada masa yang sama juga saya turut memerhatikan gelagat Pak Ngah Izahar yang merupakan guru Tua dalam Gayong Malaysia yang sebenarnya menjadi tempat rujukan utama ilmu gayong masa kini. Pak Ngah dengan selamba sahaja bergaul dalam orang ramai dengan memakai t.shirt (tidak pakai pakaian silat seperti bersongkok) dan sedikit pun tidak menggambarkan dia seorang yang ternama dalam alam persilatan. Ramai orang tidak sedar dengan siapa mereka bersembang dan akhirnya mereka malu dengan diri sendiri setelah mengetahui orang yang berada di depan mereka ialah Pak Ngah Izahar Batu Kurau.

Bandingkan dengan pembawaan kita sehari-hari. Renung-renungkan.

Citrine


Batu permata citrine sesuai untuk dijadikan cincin dan loket untuk perempuan, tetapi tidak sesuai untuk cincin lelaki kekerasannya adalah sekitar 6.5 hingga 7 pada skala moh. Harga di pasaran ialah sektar RM28.00/karat. Jika ada yang berminat boleh dapatkan pada saya pada harga RM23.00-RM25.00/karat.

Kegilaan pada cristal


Akhir-akhir ini timbul satu kegilaan baru dalam masyarakat kita iaitu meminati kristal. Istilah kristal sebenarnya merujuk kepada semua jens batu permata. Sayangnya pada akhir-akhir ini istilah ini sudah bertukar kepada permata buatan kilang yang terdiri daripada kaca dan plastik. Kesian melihat rakan-rakan kita memakai kaca dan plastik dengan begitu bergaya sekali. Bayangkan seutas rantai tangan kristal masa kini boleh dibeli dengan harga RM15.00, padahal upah untuk menggilap sebiji batu permata di Kota Bharu sudah mencapai harga sekurang-kurannya RM10.00. Fikir-fikirkan.

Batu zamrud


Harga pasaran bagi Zamrud yang beratnya sekitar 10 karat ke bawah ialah RM60.00/karat. Kalau nak yang 10 karat ke bawah saya boleh beri dengan harga RM50.00/karat. Kerana saya boleh dapatkan dengan harga tukang. Biasanya zamrud saiz ini sesuai jika nak diberi hadiah kepada isteri untuk dibuat loket atau cincin. Untuk buat cincin lelaki saiznya agak kecil sedikit. Saiz untuk cincin lelaki biasanya 15 karat ke atas. Dalam bulan lepas saya beli 2 biji zamrud, satu untuk cikgu panji dan satu untuk adik saya. untuk cikgu panji beratnya 6.4 karat dan untuk adik saya 4.2 karat. Saiz ini jika dibuat loket atau cincin dan dililit berlian amat cantik sekali.

Cincin perak..khas untuk Pulau 100

Uktuk makluman pulau seratus, kenaikan harga emas turut mempengaruhi harga perak. Sebelum kenaikan yang terbaru dalam sehari dua ini sebentuk cincin perak harganya dalam RM80 hingga RM100.(harga dahulu dalam RM35.00-RM50.00 sahaja). Manakala ikatan perak yang ditambah dengan bunga pahat jawa ditambah RM30.00 lagi.

Manakala untuk cincin suasa mesti ditambah RM200.00 lagi dari harga cincin perak. Manakala jika dililit berlian pula mesti ditambah harga berlian dan upah untuk setiap biji berlian iaitu:

- berlian swiss RM5.00 sebutir
-Berlian asli RM30.00 sebutir

-Upah untuk memasang sebutir berlian ialah RM5.00

Walau bagaimanapun harga diatas bergantung kepada jumlah perak yang digunakan dan juga jenis ikatan.

Thursday, October 04, 2007

Kaedah belajar dan mengajar


Biasanya guru-guru tua silat Melayu mengajar pelbagai ilmu lain di samping ilmu persilatan cara fizikal. Mereka juga memgisi dada murid mereka dengan amalan-amalan serta ilmu ketuhanan. Guru yang arif biasanya mengenal karektor anak muridnya. Oleh kerana itu tidak semua murid diajar ilmu yang sama. Pelajaran yang diterima antara satu muird dengan muird lain adalah berbeza-beza. Oleh kerana itu murid tidak boleh menyimpan perasaan hasad terhadap rakan seperguruan.

Tuesday, October 02, 2007

Pakailah cincin sebagai perhiasan....

Bagi peminat cincin dan kawan-kawan yang mengemari batu permata janganlah mempercayai akan kelebihan dan khasiat batu permata secara berlebih-lebihan. Perkara pertama yang mesti ada dalam minda kita ialah memang Allah S.W.T menjadikan sesuatu itu ada khasiat dan kelebihannya. Walau bagaimanapun janganlah kita lupa akan tipu daya dan muslihat para peniaga permata yang sanggup mengatakan apa sahaja asalkan mereka dapat jual sesuatu batu permata dan dapat untung.

Bayangkan jika benar kayu koka dapat menyembuhkan gigitan binatang bisa maka sudah tentu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan menggunakan koka mengantikan antidot sedia ada.

Begitu juga kayu koka dikatakan dapat menghalau hantu dan syaitan. sepanjang pengalaman saya dalam bidang persilatan dan perbomohan, itu semua adalah tidak benar. Saya suka menggunakan istilah Kelantan saya iaitu " bare tempek" tak akan memberi kesan apa-apa pada hantu dan syaitan kecuali amalan, kefahaman dan iktikad yang jazam sahaja dapat mengatasi gangguan makhluk halus. Sila komen

Membeli cincin..

Bagi peminat batu cincin, mereka selalunya membeli pelbagai cincin dan batu permata dalam kadar harga yang agak rendah iaitu antara RM50.00 hingga RM200.00. Pelbagai jenis batu permata yang dibeli. Ramai penjual permata menasihatkan saya agar menyimpan duit dan membeli hanya batu permata bergred tinggi seperti zamrud dan delima kerana masyarakat Melayu lebih mengenali serta arif tentang batu ini, nilainya dipasaran semakin naik.

Monday, October 01, 2007

Bagaimana menjadikan cincin anda ada "power"


Di sini saya kongsikan sedikit titipan daripada Allayarham Cikgu Jid dari KG.Kadok Dalam yang baru meninggal lebih kurang sebulan. Alfatihah ... semoga rohnya bersama para shuhada dan solohin.

Dalam sembang-sembang saya dengan Allayarham 3 tahun lepas beliau telah mengajarkan kepada saya bagaimana nak menjadikan cincin yang kita pakai ada "ISI". Isi dalam kontek ini ialah ada power dalaman atau pun hidup. Caranya ialah kita memakai cincin kita semasa kita solat dan juga semasa kita zikir atau tahlil. Dengan kata lain ialah cincin kita sentiasa bersama kita semasa kita beribadat.

Tip yang kedua ialah kita membuka cincin kita dan menyimpannya ke dalam poket atau tempat lain semasa kita kencing dan membasuh kencing atau berak.

Tapi awas jangan tinggalkan di luar tandas awam, bukan sahaja powernya tidak ada bahkan cincin pun turut lesap.

Cincin....jangan pakai berlebihan


Pemakai cincin pada masa kini dapat dibahagikan kepada 2 jenis :

1. Permata berkualiti tinggi seperti zamrud(emerald), delima(ruby), Sapphire (nilam), jade, firuz , moonstone, tourmaline dan sebaginya.

2. Permata yang ada khasiat/power seperti geliga-geliga, teras-teras kayu(teras keluat,betik,gemunggal,kayu penunduk,raja kayu,kayu tas,koka,kemuning hitam dan lain-lain) jenis-jenis besi ( besi melilih, besi kuning ) batu-batu permata yang didapati dari alam ghaib dengan bantuan jin.

Walau apa jenis batu permata yang saudara pakai atau bagaimana cara anda mendapatkannya jangan pakai secara berlebihan sehingga menjadikan kita nampak pelik dan keterlaluan.

Islam melarang kita memakai cincin pada jari telunjuk. Dan janganlah kita pakai cincin yang jelas menampakkan kebodohan kita dalam menilai batu pemata, misalnya kita memakai batu permata daripa plastik, kaca botol dan firus tiruan.

Paling banyak pun pakailah 2 bentuk cincin . Lainlah kalau kita penjual cincin atau pun bomoh keramat yang turun dari gunung.