sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, August 17, 2007

Seni Kerambit

Kerambit/lawi ayam/kuku harimau merupakan senjata pendek yang sangat popular di kalangan orang Melayu dahulu. Permainan kerambit amat berbahaya kerana ia hampir tidak kelihatan kerana berada kukuh dalam gengaman. Pelajaran kerambit semakin pupus masa kini. Antara faktornya ialah kerana ia tidak terdapat dalam silibus umum. Sebaliknya ia diajar secara khusus bagi pesilat yang mempunyai ketekunan dan mendapat kepercayaan tinggi dari guru-guru tua untuk mewarisinya.

Kaedah pelajaran kerambit :

1. Gerakan asas kerambit - cara menyerang dan pergerakan serta sasaran beserta tapak

2. Buah kerambit

3. Pertempuran menggunakan kerambit di dalam kain sarung berpasangan.


Kelemahan kerambit :

- Mahaguru Gayong berpesan kepada mereka yang mempelajari kerambit seandainya musuh menggunakan cindai atau sebarang jenis senjata yang berfungsi semacam cindai maka simpanlah kerambit di dalam sarungnya.( Bahasa olahan penulis sendiri bagi menyampaikan maksud)

1 comment:

Zal said...

ya sy setuju,sbb itu cindai ditempatkan no 1 dlm snjata melayu...walaupn keris popular tp cindai snjata no 1 kerana seni cindai dpt tumpaskn seni senjata sprti keris...takkala taming sari trlepas dr tgn jebat,jebat pantas mnyambar cindai lincah tuah munusuk jebat...maaf jika ada kekurangan sy baru bljr...ilmu cetek harap diajar...