sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, July 28, 2007

Hari yang malang bagi Unit Kokurikulum JPN Kelantan

Segala persiapan selama berbulan-bulan untuk menyempurnakan Kejohanan Silat Sekolah-sekolah Malaysia dan Jemputan antarabangsa musnah dalam sekelip mata akibat sikap ego beberapa kerat individu yang terlalu besar egonya. Perjalanan program yang lancar berakhir dengan tragedi apabila proses penyampaian cenderahati dan sijil peserta kelam kabut.

Friday, July 20, 2007

Mengapa ?

Satu kemelut sedang melanda persatuan induk silat di Malaysia iaitu PESAKA. Kemelut ini sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun PESAKA negeri. Dalam soal ini saya ingi merujuk kepada PESAKA Kelantan yang mengamalkan dasar tutup pintu kepada pertubuhan-pertubuhan silat yang ingin bergabung dengan mereka . Rasionalnya ialah kerana ahli gabungan sedia ada berasa terancam jika kelibat dan tingkah laku mereka selama ini diketahui oleh orang lain.

Tuesday, July 10, 2007

Perpecahan persatuan-persatuan silat- mengapa?

Isu ini amat sensitif dikalangan ahli-ahli perguruan. Mereka menganggap guru mereka sentiasa betul. Anggaplah perpecahan hanya berlaku daripad sudut pengurusan dan pentadbitran semata-mata. Manakala dari sudut ilmu pula biarlah ia kekal satu dan berterusan. Janganlah kita menghasut pelajar kita memusuhi rakan-rakan kita yang telah berpisah dengan kita.

Monday, July 09, 2007

Cukupkah latihan yang terima untuk menjadi seorang pesilat . Disini saya akan mengemukakan soalan-soalan untuk anda renungkan. Selamat bersilat.

1.Berapa jamkah latihan anda untuk setiap sessi latihan?
2. Berapa kalikah dalam seminggu anda berlatih.
3. Berapa kalikah dalam sebulan anda berlatih.
4. Siapakah jurulatih anda. Adakah dia seorang pesilat yang hebat.
5. Berapa minitkah diperuntukkan untuk sessi sparing untuk setiap kali latihan
6. Pernahkah nada sparring dengan jurulatih anda.

Renungkan, buat perubahan. Insyaallah warisan bangsa Melayu akan kekal hebat.
"Hidup Silat"

Thursday, July 05, 2007

SILAT TANPA PEDOMAN

Apakah tahap paling tinggi dalam peajaran ilmu silat secara fizikal? Pertanyaan ini seharusnya bermain dalam minda setiap pesilat. Pelajaran silat yang diajar pada hakikatnya bukan kaedah pertempuran yang sebenar. Kebanyakannya lebih tertumpu kepada gerakan-gerakan asas yang membentuk ketegapan fizikal dan melatih pergerakan psikomotor agar bergerak secara normal. Kaedah latihan silat yang sebenar ialah dengan kaedah "sparing". Jangan anda terpedaya dengan teori dan cakap besar mana-mana jurulatih jika mereka tidak pernah melatih anak muridnya (tunjuk ajar dengan cara sparing) secara langsung. Bukan dengan "tunjuk cakap". Jika anda seorang pesilat sejati anda seharusnya tahu kaedah membaca gerak lawan .

FIKIR-FIKIRKAN. SELAMAT BELAJAR

TAPAK DALAM SILAT

Silat sering dikaitkan dengan tapak dan kuda-kuda. Kadang-kadang pesilat muda melihat kekuda tidak berguna dalam pertempuran jalanan. Hanya jauhari mengenal maknikam. Sebenarnya ramai pesilat muda masa kini tidak mempunyai jati diri dalam pertempuran jalanan. Minda mereka terpengaruh dengan permainan lawan. Mereka terikut-ikut dengan stail lawan mereka. Contohnya apabila berhadapan dengan seorang ahli tomoi pesilat muda akan mula terlompat-lompat mengikut rentak tomoi. Di sinilah satu kesilapan paling besar telah dilakukan, kelebihan sekarang berada di tangan musuh kerana kita mengikut rentak mereka yang tidak kita fahami tipu helahnya.


" Mengapa kita gagal mengingati rupa kita sendiri "

Allah hu akbar

KEJOHANAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEOLAH MALAYSIA DAN JEMPUTAN 2007

TEMPAT : DEWAN MPKB

TARIKH : 22 HINGGA 26 JULAI 2007

Wednesday, July 04, 2007

Istilah Menuntut Ilmu

Dalam bidang persilatan istilah "berguru" dan "menuntut ilmu" adalah dua perkataan yang sangat sinonim. Istilah menuntut sangat penting untuk difahami oleh setiap mereka yang ingin mendapat habuan yang lebih dalam bidang ilmu. Ini kerana istilah "menuntut" memerlukan komitmen yang lebih tinggi daripada belajar dan berlatih. Menuntut adalah "meminta sesuatu hak murid yang ada pada guru ". Jika tidak dituntut dengan sepenuh hati hak itu tidak akan dapat disampaikan kepada murid. Dalam soal ini guru juga apabila dituntut oleh muridnya mempunyai hak ke atas murid.


Bertanyalah pada yang arif belajarlah pada yang tahu . Jumpa lagi.